Sabtu, 31 Oktober 2009

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia


Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia



-Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
-Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
-Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.
PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program kepanduan mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan kepanduan seluruh dunia.
Persetiaan & Undang-Undang Kepanduan
Bahawa Dengan SesungguhnyaSaya Berjanji Dan BersetiaDengan Sedaya UpayaMenunaikan Kewajipan SayaKepada TuhanRaja Dan Negara Saya MalaysiaMenolong Orang Setiap Masa, danMematuhi Undang-Undang KepanduanPiagam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti
Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan
Melahirkan ahli yang berkaliber
Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran Misi & Visi
Misi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.
Visi
"PPPM bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. PPPM akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok."

belajar membina blog

Assalamualaikum....
Selamat datang ke blog saya,pada hari ini saya akan menceritakan tentang PPPM BRAINS.PPPM ini ditubuhkan pada tahun 1917.Persatuan ini sangat aktif di luar mahupun dalam sekolah seperti perkhemahan tahunan,pertandingan kawad kaki,kempen,pertandingan melukis poster dan sebagainya.